Saturday, 1 November 2014


Operasi PDRM ke atas Pusat Judi.

Salam sejahtera,  Dalam perjalanan ke tempat kerja saya mendengar juruhebah dari satu stesen radio mewar-warkan  yg pihak PDRM akan menjalankan operasi besar-besaran untuk membenteras PUSAT JUDI HARAM TANPA LESEN. Bermakna pusat judi yg ada lesen akan terlepas dari operasi ini.

Kita semua tahu pusat judi ini lebih banyak memberi kesan yg tidak baik pada masyarakat, dan haram bagi org islam samada ianya berlesen atau tanpa lesen.

PDRM hanya mensasarkan pusat judi yg tidak berlesen kerana ianya PUSAT JUDI HARAM, manakala pusat judi yg ada lesen boleh beroperasi tanpa gangguan.

Sebenarnya operasi ini bukan bertujuan untuk membendung penyakit sosial, tapi untuk menghapuskan pusat judi yg tidak mendatangkan wang kepada kerajaan...